Khamis, 8 September 2016

Menziarahi Kubur Pada Hari Raya.

 
Pada hari raya, di Malaysia, kerajaan mengisytiharkan cuti umum. Semua umat Islam di Malaysia ini mengambil peluang untuk balik ke kampung halaman masing-masing.

Suasana hari raya disambut meriah dengan adik-beradik, anak-anak, saudara-mara yang duduk jauh dapat berkumpul sekali. Justeru itu peluang berkumpul itu dimanfaatkan dengan menziarahi kubur untuk sama-sama bertahlil dan berdoa.

Kawasan perkuburan yang banyak diziarahi diberkati dengan doa, tahlil dan ucapan salam daripada pengunjung. Sehubungan dengan itu, ulamak Fiqh menyatakan sunat mengkebumikan jenazah orang Islam di tanah perkuburan yang banyak kubur dan ramai diziarahi orang bagi mendapat doa daripada mereka.


Ziarah kubur bertujuan mengingat mati supaya kita tidak leka dengan nikmat dunia. Firman Allah swt,


أَلْهَـٰــكُمُ التَّكَاثُرُ. حَتَّى زُرْتُمُ المَقَابِرَ

Yang bermaksud, Bermegah-megah telah melalaikan kamu. Sampai kamu masuk ke dalam kubur[1].


Mengingati mati juga adalah satu cara membersihkan hati, hadith Nabi saw,

قال رسول الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ القُلُوبَ تَصْدَأُ كَمَا يَصْدَأُ الحَدِيد. قِيْلَ : يَا رَسُولَ الله  وَمَا جَلاَءُهَا؟ فَقَالَ : تِلاَوَة القُرآن وَذِكْر المَوْت.
أخرجه البيهقى
           
Yang bermaksud, Sabda Rasulullah saw, sesungguhnya hati ini berkarat sepertimana besi yang berkarat. Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah bagaimana untuk mengilatkannya? Baginda menjawab: Membaca al-Quran dan mengingati mati.


Ulamak menyatakan ada tiga perkara untuk merawat hati:

  1. Taat kepada Allah.
  2. Memperbanyakkan mengingati mati.
  3. Menziarahi kubur orang Islam.


Islam menggalakkan kita mengingati mati supaya kita sedar dan membuat persediaan untuk mati. Membuat persediaan untuk mati adalah sebahagian daripada Taqwa sebagaimana pentakrifan Taqwa oleh Saidina Ali Karamallahu Wajhah:

Taqwa ialah takut kepada Allah, beramal dengan al-Quran, redha dengan yang sedikit dan membuat persediaan untuk hari kematian[2].

 

Hukum menziarahi kubur adalah harus dengan dengan adab-adab yang digariskan oleh Syariat. Manakala menziarahi kubur kaum kerabat terutama ibu bapa adalah sunat Muakkad. Makin bertambah pahalanya jika kubur ibu bapa diziarahi pada tiap-tiap hari Jumaat atau hari raya[3] dan dibaca surah Yasin di sisinya. Hal ini berdasarkan hadith,

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ زَارَ قَبْرَ أَبَوَيْهِ أَوْ إِحْدَاهُمَا فِي كُلِّ جُمْعَةٍ غُفِرَ لَهُ وَكُتِبَ بِرًّا.
(رواه الطبرانى في الأوسط)

Yang bermaksud, Dari Abu Hurairah ra berkata: Sabda Nabi saw: Barang siapa menziarahi kubur kedua ibu bapanya atau salah seorang daripadanya, tiap-tiap hari Jumaat nescaya diampunkan baginya dan dicatit sebagai (anak) yang berbakti.

Begitu juga hadith,
عَن ابْن عمر رَضِي الله عَنهُ قَالَ مَنْ زَارَ قَبْر أَبَوَيْهِ أَوْ أَحَدهُمَا احتِسَابًا كَانَ كَعدْلِ حجَّة مَبْرُورَة وَمَنْ كَانَ زوارًا لَهُمَا زَارَت الْمَلَائِكَة قَبْره

Yang bermaksud, Daripada Ibn Umar ra berkata: Sesiapa menziarahi kubur kedua ibubapanya atau salah seorang daripadanya dengan penuh keikhlasan ianya menyamai pahala haji yang mabrur dan sesiapa menziarahi kedua-duanya maka malaikat akan menziarahi kuburnya pula[4].


Kebiasaan pengunjung akan memberi salam dahulu kemudian berdoa semoga Allah memberikan rahmat dan maghfirahNya (keampunan) kepada simati. Daripada Ibnu Mas‘ud, Rasulullah saw bersabda:

كُنْتُ نَهَيتُكُمْ عَنْ زِيَارَةِ القُبُورِ، فَزُورُوا القُبُور فَـإِنَّهَا تُزَهِّدُ فِى الدُّنْيَا وَتُذَكِّرُ الآخِرَة

Yang bermaksud, Aku melarang kamu menziarahi kubur maka ziarahlah kubur. Ini kerana dengan menziarahi kubur menjadikan kamu bersederhana dengan dunia dan mengingati akhirat.



Bertahlil atau berdoa adalah untuk menolong simati. Sabda Rasulullah saw,


Yang bermaksud, Tiadalah orang yang mati di dalam kuburnya melainkan seperti orang yang tenggelam meminta pertolongan menanti doa yang ada perhubungannya daripada bapanya, atau saudaranya atau kawan temannya. Dan apabila dia mendapati orang mendoakannya adalah terlebih kasih baginya daripada dunia dan segala isinya.
Riwayat al-Dailimi

Hadith tentang menghadiah pahala al-Quran kepada ahli kubur[5],

عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أنه قَالَ: مَنْ دَخَلَ المَقَابِر وَقَرَأَ قُلْ هُوَ اللهُ أَحَد عَشَر مَرَّات وَأَهْدَى ثَوابها لِلْمَوْتَى، غَفَرَ اللهُ لِلْمَوْتَى وَأَدْخل فِى قَبُورِهِمُ النُّور وَالسُّرُور، وَيَكْتُب اللهُ تَعَالَى لِلُقَارِئ بِكُلِّ مَيت مَاتَ مِنْ يَوْمٍ أَهْبَطَ الله آدَم إِلَى الأَرْضِ إِلَى يَوْمِ القِيَامَةِ عَشَر حَسَنَات.
Yang bermaksud, Daripada Nabi SAW bersabda: Sesiapa memasuki kawasan kubur dan membaca (قل هو الله أحد) sepuluh kali serta menghadiahkan pahala bacaan tersebut kepada si mati, maka Allah ampunkan si mati dan memasukkan cahaya dan kegembiraan ke dalam kubur mereka. Allah akan tulis pahala si pembaca dengan sepuluh kebajikan, mengikut bilangan mayat yang mati bermula dari hari  Nabi Adam dicampakkan ke bumi hinggalah ke hari kiamat.

Sabtu, 3 September 2016

ku berjumpa ramadhan lagi

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ

Assalamu’alaykum,

Khusus untuk para pengunjung blog Sayang Islam,

Moga Ramadan tahun 1437H  menambah indahnya Islam pada amalan zahir dan meningkatnya Iman di dada kita!

Ya Allah, bantui kami untuk menjadi hambaMu yang bertambah baik, ya Rabb… Amin.

moon-dua
Saya merancang, Allah jua merancang.

Kira-kira sebulan sebelum Ramadan, saya merancang untuk memanfaatkan Ramadan tahun ini bagi menyiapkan sebuah buku yang sudah lama tertangguh.  Bertahun-tahun manuskrip itu ditulis sedikit demi sedikit, namun dorongan untuk menyiapkannya tidak begitu ‘cukup petrol’ sehingga ada faktor mendatang berpunca dari soalan-soalan anak gadis sunti yang kian membesar.  Tulisan tentang besarnya barakah Ramadan kepada penulis seperti saya pernah disiarkan di sini.  Itu catatan Ramadan 1433H.

Namun, Allah swt mahu saya menulis sesuatu yang lain – yang saya percaya pada pengetahuan Allah swt ia lebih baik untuk didahulukan – pelawaan menulis tentang srikandi-srikandi muslimah di Negeri Cik Siti Wan Kembang dari seorang sahabat diterima dengan dada terbuka.  Alhamdulillah, saya gembira kerana diberi kepercayaan menulis tentangnya apatah lagi, ia mengandungi objektif-objektif yang mulia dan sangat berguna untuk dipaparkan dalam konteks perjuangan Islam dalam waqie’ (situasi) Malaysia.  Dateline  buku diterbitkan ialah pada bulan Ogos 2016.  Ia satu tempoh masa yang tidak begitu panjang sebenarnya🙂.  Namun, saya bersama ‘team’ tetap optimis dan memohon kepada Allah swt supaya dipermudahkan segala urusan, in syaa Allah.

Bertemu Ramadan, Satu Tuah
Dalam mengharungi hidup, kita tidak terlepas dari melakukan sama ada amal-amal baik atau amal-amal tidak baik – mungkin secara sedar atau tanpa disedari, tersalah, melakukan kerana jahil, tidak sengaja atau disebabkan terlupa.  Di atas amal baik yang berjaya dilakukan, kita mengucapkan syukur kepada Allah swt  yang memberi ilmu, faham dan kekuatan untuk beramal.  Di atas segala kekurangan atau amal yang cacat dan segala dosa, kita merasa sangat memerlukan maghfirah (keampunan) dari Pemilik diri kita.
Allah swt memahami keperluan setiap hambaNya untuk menampung amal ibadah yang kurang serta mendapat bonus pahala berganda, juga mendapat peluang besar menebus dosa, maka dianugerahkan dengan penuh kasih sayangNya satu bulan khusus dipenuhi rahmat, barakah dan maghfirah dalam setahun iaitu Ramadan.  Justeru itu, setiap mukmin menunggu Ramadan bagai menanti kekasih yang sentiasa dirindui.  Monolog Ramadan 1430H pernah saya nukilkan di sini.

Ramadan Pertama di Blog sayangislam.com
Mengambil kesempatan menyambut Ramadan 1430H di awal perjalanan berblog, tidak lupa ucapan selamat dihidangkan buat para pembaca di sini.  Saya mengulangi ucapan yang sama untuk semua tetamu pembaca hari ini ya!🙂.

Ramadan: Bulan Bermaafan.
Saya sama seperti ramai muslim yang lain, merasa teruja setiap kali menjelang Ramadan… teruja untuk menambah amal, memohon ampun serta mengambil peluang memohon maaf sesama insan.
Dalam berkata, ada yang terasa…
dalam bertindak ada hati berdetak…
dalam menulis ada hati yang terguris …
Maka di ambang Ramadan 1432H, huluran kalam memohon kemaafan disiarkan di sini.  Apatah lagi ia merupakan tahun ke 4 berblog, maka adatnya, kian banyak menulis, bertambah banyak kesalahan yang tertera secara tidak sengaja.  Saya tetap memaksudkan hal yang sama pada hari ini ya! Alhamdulillah, tahun ini tahun ke 9 blog sayangislam.com setia bersama pembaca walau saya kurang aktif menulis akhir-akhir ini.  Mohon maaf zahir batin dari semua yang mengenali sama ada secara offline atau online.
Kata-Kata-Selamat-Menyambut-Bulan-Suci-Ramadhan
Ramadan:  Merentasi Benua
Pengalaman menyambut Ramadan di beberapa buah negara begitu memberi makna – saya tidak melepaskan peluang membuat catatan mengenainya untuk dipaparkan dalam siri Travelog Iman, Majalah Era Muslimah semasa bermastautin di Melbourne, Australia.

Ramadan 1437H :  Adakah ini Ramadan terakhir untuk ku…?
Saya tidak harap begitu.  Ya Allah, kurniakan kepada kami nikmat Ramadan seterusnya supaya kami dapat menggapai ibadah secara optimum dan mendapat keampunan berganda secara berterusan dariMu.  Aamiiin ya Rabb.
Namun demikian, jangkaan kemungkinan kita tidak lagi bertemu Ramadan seterusnya akan menjadi motivator terbaik untuk bersungguh-sungguh mengisi Ramadan tahun ini dengan sebanyak-banyak amal serta bertaubat nasuha dari segala noda, dengan izin Allah swt jua.
selamat berpuasa
Wassalamu’alaikum warahmatullah.

Ummu Abbas
4 Ramadan 1437H
9 Jun 2016
10.55am
Negeri Cik Siti Wan Kembang

Jumaat, 2 September 2016

Ilmu yang Wajib Dipelajari Seorang Muslim



Pertanyaan:
Apa patokan minimal seorang muslim dalam mempelajari fikih dan ilmu (agama) di kehidupn ini?

Jawaban:
Ilmu ada dua jenis:
Ilmu Dharuri (ilmu yang mendesak) yaitu ilmu yang meluruskan agama seorang muslim. Diantara ilmu jenis ini adalah:
Ilmu aqidah
Ilmu tentang shalat
Ilmu tentang zakat
Ilmu tentang puasa
Ilmu tentang haji
Ilmu-ilmu diatas wajib dipelajari. Seorang muslim belajar tentang rukun Islam yang lima ini. Dia mempelajari, memahami dan mengamalkannya. Ilmu ini banyak tersebar dan dijelaskan dalam buku-buku yang ringkas,  walillahil hamd. Tidak sulit untuk menghafalnya dan mengulanginya. Karena buku ini dikemas secara singkat,  bermanfaat dan mudah. Dan tidak diperkenankan bagi seorang muslim kecuali jika telah mempelajari rukun-rukun Islam.
Ilmu tambahan. Seperti:
Ilmu tentang waris
Ilmu tentang hukum jual beli
Ilmu tentang kehakiman
Ilmu tentang hukum-hukum pernikahan
dan yang lainnya maka hukmnya fardhu kifayah. Jika telah cukup orang yang mempelajari maka gugurlah dosa yang lainnya. Namun jika semua meninggalkan (tidak memplajarinya)  maka semua akan menanggung dosa.
Sudah seharusnya orang yang menjadi rujukan kaum muslimin mempelajari perkara-perkara yang dibutuhkan umat.
Adapun ilmu jenis pertama hukumnya fardhu ain atas setiap muslim.
Sumber: https://telegram.me/fawzaan
Diterjemahkan oleh Tim Penerjemah Wanitasalihah.com
Simak versi audio berikut:

السؤال: 
ما المقدار المجزئ من الفقه والعلم للمسلم أن يتعلمه في هذه الحياة؟
الجواب: العلم على قسمين: علمٌ ضروري وهو ما يستقيم به دين المسلم من عقيدته وصلاته وزكاته وصيامه وحجه هذا لابد منه، كل مسلم يتعلم هذا أركان الإسلام الخمسة، يتعلمها يفهم معانيها يعمل بها وهذا مبسوط ومشروحٌ في كتبٍ مختصرة ولله الحمد، لا يُشكَّل حفظها وترديدها، لأنها مختصرات مفيدةٌ وسهلة، فلايسعُ مسلمًا إلا أن يتعلم أركان الإسلام، وما زاد عن ذلك من علم المواريث وعلم البيع والشراء وعلم القضاء وعلم أحكام  النكاح وغير ذلك فهذا فرض كفاية، إذا قام به من يكفي سقط الأثم عن الباقين وإن تركه الكل اثموا، لابد أن يقوم به من يكون مرجعًا للمسلمين في هذه الأمور التي يحتاجونها وأمَّا الأول فهو فرض عين على كل مسلم .