Rabu, 12 Disember 2012

Contoh Jawi Lama


Tulisan Jawi di kepulauan Indonesia dikenali sebagai tulisan Arab Melayu dan ditemui tertulis pada naskah-naskah manuskrip lama dan prasasti-prasasti. Daripada penelitian terhadap tulisan-tulisan ini dapatlah kita menjejak kembali asalnya perkataan Melayu, kata pinjaman, dan istilah-istilahnya. Jawi lama agak susah dibaca dan dipengaruhi juga dengan dialek daerah dan negeri. Ahli Filologi perlulah mengetahui latar belakang penulis, mengapa manuskrip itu ditulis, peristiwa di zaman tersebut dan beberapa hal lain yang perlu dipertimbangkan. Di sini saya cuba bawakan beberapa perkataan Melayu lama yang berusia lebih dari seratus tahun.


هارواهارا
Harua Hara = Huru Hara. Tunku Abdul Rahman dalam satu ucapannya pernah menyebut perkataan 'hara huru', namun sekarang perkataan Huru Hara telah menggantikan perkataan ini.

Maka beberapa lamanya baginda itu kerajaan di Berahman Indera maka datanglah taqdir Allah ta’ala harua hara di negeri Perak ini…..



کوالا کعسو
Bacaan di atas kelihatan seperti Ke Kuala Kangsu = Ke Kuala Kangsar


استان
Istana
Berasal dari kalimah Parsi Oston آستان
Yang bermaksud negeri, namun Melayu memaknainya sebagai kediaman institusi Diraja


Syah
Berasal dari kalimah Parsi, bermaksud Raja, Sultan
Dalam bahasa Arab bermaksud kambing


Tertulis di atas sebagai Dua Lapan, namun sebenarnya Dulapan atau Delapan
Bermaksud Lapan; 8
Menurut Wan Muhammad Saghir, ada sejarawan barat tersalah membacanya sebagai Dua Lapan dan menterjemahkannya sebagai dua puluh lapan. Perkataan dulapan ini sering ditemui dalam kitab Jawi lama dari negeri Patani.

Lekelaki
Bermaksud laki-laki; lelaki
Orang tua-tua di Kedah masih menyebut lekelaki


Berkalar
Bermaksud bergelar



…berbuat istana lengkap dengan kota paritnya maka adinda baginda raja muda lah kerajaan di Pulau Tiga kalar baginda itu Sultan Iskandar Muhammad Syah adapun putera baginda itu dulapan orang, lima orang lekelaki dan tiga orang itu perempuan yang lekelaki itu…..


Darimawan= Dermawan



Syahazan baginda itulah yang bertuah lagi berdaulat dan arif bijaksana bangsawan lagi darimawan pada barang segala bicara dan perintah hukum adat negeri…..




Qadah atau Kedah
Inilah satu-satunya perkataan Melayu yang berakhir dengan huruf ‘ha’


Kangsu itu kerajaan baginda lengkap dengan segala orang besarnya adapun tatkala itu bendaharanya Raja Alang anak rajaQadah orang kaya besarnya maka ….. temenggungnya



Tuha = Tua
Bahasa Melayu Aceh masih menggunakan perkataan Tuha untuk Tua. Perkataan ini boleh ditemui juga dalam naskah-naskah manuskrip lain seperti Undang-Undang Kedah


..karana (kerana) baginda itu saudara tuha kepada beta



kecik = kecil
Berasal dari kalimah Parsi kucak, dalam dialek perbualan disebut kecik, bahasa tempatan Azari pula menyebut kecik yang sama dengan dialek Kedah.


….berangkatlah diiringi oleh anakda baginda Raja Kecik……

Jumaat, 7 Disember 2012

Gambar Bukti Penggunaan Tulisan Jawi di Malaysia


Batu Bersurat Terangganu

Tulisan tahun 1303M, merupakan artifak
bertulisan Jawi yang tertua pernah dijumpai.
Ia bercatatkan undang-undang yang 
dipengaruhi oleh Syariah, maka merupakan
bukti terawal pengaruh Islam di Malaysia.





Pemasyhuran Merdeka

Bukti bertulis mengenai Pengisytiharan
Kemerdekaan Tanah Melayu
yang ditulis bahasa Melayu
bertulisan Jawi.



Abjad ابجد

Berikut adalah jadual bagi huruf-huruf dalam tulisan Jawi.[23]
NamaBentuk hurufPadanan RumiKeterangan
TunggalAwal kataTengah kataAkhir kata
alifa1. huruf pertama abjad Arab (mempunyai nilai satu);
2. huruf pertama abjad Jawi;[24]
baـﺒـﺐb1. huruf kedua abjad Arab (mempunyai nilai dua);
2. huruf kedua abjad Jawi.[25]
taـﺘـﺖt1. huruf ketiga abjad Arab (mempunyai nilai 400);
2. huruf ketiga abjad Jawi;[26]
saـﺜـﺚs, (th)1. huruf keempat abjad Arab (mempunyai nilai 500);
2. huruf keempat abjad Jawi.[27]
jimـﺠـﺞj1. huruf kelima abjad Arab (mempunyai nilai tiga);
2. huruf kelima abjad Jawi.[28]
caـﭽـﭻchuruf keenam abjad Jawi.[29]
haـﺤـﺢh, (ḥ)ha kecil[30] / ha pedas[31]
1. huruf keenam abjad Arab (mempunyai nilai lapan);
2. huruf ketujuh abjad Jawi.[32]
khaـﺨـﺦkh(khO) 1. huruf ketujuh abjad Arab (mempunyai nilai 600);
2. huruf kelapan abjad Jawi.[33]
dalدـدd1. huruf kelapan abjad Arab (mempunyai nilai empat);
2. huruf kesembilan abjad Jawi.[34]
zalـذz, (dh)1. huruf kesembilan abjad Arab (mempunyai nilai 700);
2. huruf ke-10 abjad Jawi.[35]
raـرr(rO) 1. huruf ke-10 abjad Arab (mempunyai nilai 200);
2. huruf ke-11 abjad Jawi.[36]
zaiـزz1. huruf ke-11 abjad Arab (mempunyai nilai tujuh);
2. huruf ke-12 abjad Jawi.[37]
sinـﺴـﺲs1. huruf ke-12 abjad Arab (mempunyai nilai 60);
2. huruf ke-13 abjad Jawi.[38]
syinـﺸـﺶsy1. huruf ke-13 abjad Arab (mempunyai nilai 300);
2. huruf ke-14 abjad Jawi.[39]
sadـﺼـﺺs, (ṣ)(sOd) 1. huruf ke-14 abjad Arab (mem-punyai nilai 90);
2. huruf ke-15 abjad Jawi.[40]
dadﺿـﻀـﺾd, (ḍ)(dOd) 1. huruf ke-15 abjad Arab (mem­punyai nilai 800);
2. huruf ke-16 abjad Jawi.[41]
taـﻄـﻂt, (ṭ)(tO) 1. huruf ke-16 abjad Arab (mempunyai nilai sembilan);
2. huruf ke-17 abjad Jawi.[42]
zaـﻈـﻆz, (ẓ)(zO) 1. huruf ke-17 abjad Arab (mempunyai nilai 900);
2. huruf ke-18 abjad Jawi.[43]
ainـﻌــﻊawal: a, i, u;
akhir: k, (‘)
1. huruf ke-18 abjad Arab (mempunyai nilai 70);
2. huruf ke-19 abjad Jawi.[44]
ghainـﻐــﻎgh1. huruf ke-19 abjad Arab (mempunyai nilai 1000);
2. huruf ke-20 abjad Jawi.[45]
ngaڠڠــڠــڠnghuruf ke-21 abjad Jawi (mempunyai nilai 4000).[46]
faـﻔـﻒf1. huruf ke-20 abjad Arab (mempunyai nilai 80);
2. huruf ke-22 abjad Jawi.[47]
paـﭭـﭫphuruf ke-23 abjad Jawi (mempunyai nilai 5000).[48]
qafـﻘـﻖk, q, (q)1. huruf ke-21 abjad Arab (mempunyai nilai 100);
2. huruf ke-24 abjad Jawi.[49]
kafکـﻜـکk1. huruf ke-22 abjad Arab (mempunyai nilai 20);
2. huruf ke-25 abjad Jawi.[50]
gaݢــݢــــݢݢghuruf ke-26 abjad Jawi (mempunyai nilai 6000).[51]
lamـﻠـﻞl1. huruf ke-23 abjad Arab (mempunyai nilai 30);
2. huruf ke-27 abjad Jawi.[52]
mimـﻤـﻢm1. huruf ke-24 abjad Arab (mempunyai nilai 40);
2. huruf ke-28 abjad Jawi.[53]
nunـﻨn1. huruf ke-25 abjad Arab (mempunyai nilai 50);
2. huruf ke-29 abjad Jawi.[54]
wauـوw, u, o1. huruf ke-26 abjad Arab (mempunyai nilai enam);
2. huruf ke-30 abjad Jawi;[55]
vaۏـۏvhuruf ke-31 abjad Jawi.[56]
haـﻬhha besar[57] / ha simpul[58]
1. huruf ke-27 abjad Arab (mempunyai nilai lima);
2. huruf ke-32 abjad Jawi.[59]
hamzahءءawal: gugur;
akhir: k, (’)
1. huruf ke-28 abjad Arab;
2. huruf ke-33 abjad Jawi.[60]
yaـﻴـy, i, e taling1. huruf ke-29 abjad Arab (mempunyai nilai 10);
2. huruf ke-34 abjad Jawi.[61]
yeىـىe pepet hujunghuruf ke-35 abjad Jawi.[62]
nyaڽپــپــڽnyhuruf ke-36 (terakhir) abjad Jawi (mempunyai nilai 7000).[63]
ta marbutahةـةt, h, (ṯ)huruf ta di akhir kata tulisan Arab (Jawi) yang boleh menjadi ha besar atau ta.[64]
lam-alifلاhuruf lam yang disatukan dengan huruf alif dalam tulisan Jawi (Arab);[65]
Catatan:
  1. Latar belakang berwarna merah jambu menunjukkan huruf yang unik dalam tulisan Jawi dan tiada dalam tulisan Arab.
  2. Huruf di dalam kurungan ialah padanan untuk transliterasi.
  3. Huruf ۏ diperkenalkan pada tahun 1983 untuk mewakili huruf v.
  4. Huruf ء imbuhan, iaitu hamzah yang berada 3/4 dari garis asas diperkenalkan pada tahun 1983. Ia digunakan pada perkataan berimbuhan seperti کبڠساءن . Namun, tiada fon dewasa ini yang mempunyai kemampuan untuk memaparkan huruf ء pada kedudukan yang betul. Kebanyakan pengguna menggunakan kaedah superskrip untuk mengubah kedudukan ء .

Jumaat, 30 November 2012

Penilaian Semula Sistem Ejaan Jawi

Secara amnya, didapati penggunaan sistem ejaan dan tulisan besar pengaruhnya. Dalam kajian Akhbar Utusan Melayu yang dibuat sistem ejaan banyak menggunakan ejaan tradisi, ejaan lazim dan ejaan mengikut hukum. Ejaan tradisi paling ketara digunakan dan ejaan mengikut hukum dan kata serapan Inggeris sedikit digunakan. Ini berkemungkinan Usaha dalam mengembang dan mempertingkatkan semula pendidikan tulisan Jawi dan penggunaannya di dalam media cetak mahupun media massa seharusnya disegerakan agar tidak akan terus pupus disebabkan oleh tangan orang Melayu sendiri. Hal ini berlaku kerana majoriti daripada generasi muda kini tidak dapat menguasai pendidikan tulisan Jawi apatah lagi mahu menulis dan membaca Jawi kerana sebahagian daripada mereka ‘buta’ dalam pembacaan tulisan Jawi. 

Kelemahan ini amat menghantui masyarakat Melayu yang amat menyayangi sistem tulisan Jawi ini. Justeru itu, tanggungjawab memelihara tulisan Jawi bukan sahaja menjadi tanggungjawab pihak kerajaan sahaja, tetapi komitmen semua pihak untuk memelihara tulisan Jawi sebagai suatu warisan milik bersama mesti dilaksanakan secara kerjasama dan kesungguhan yang hakiki.

Antara langkah-langkah yang boleh dilakukan dalam aktiviti pembudayaan dan menghargai pendidikan tulisan Jawi dalam kalangan masyarakat ialah usaha awal kerajaan menghidupkan semula akhbar Utusan Melayu Mingguan yang mula menemui para pengguna pada setiap Isnin mulai 01 Mei 2006 dengan kerjasama Kementerian Kebudayaan, Kesenian, dan Warisan (KekWa), Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pelajaran Malaysia, dan Kementerian Penerangan. Malahan, Kabinet juga telah meluluskan peruntukan khas sebanyak RM11 juta kepada KekWa bagi memartabatkan tulisan Jawi di Negara ini.

Selain itu, usaha yang dilakukan oleh Kementerian Pelajaran pula dalam mempertingkatkan pendidikan tulisan Jawi ialah dengan menggalakkan sekolah-sekolah supaya menggunakan apa-apa sahaja bahan cetakan bertulisan Jawi termasuk akhbar Utusan Melayu untuk digunakan sebagai bahan pembelajaran dalam kelas. Dalam hal ini, misalnya Jabatan Pelajaran Terengganu telah meminta semua sekolah di negeri itu melanggan akhbar Utusan Melayu untuk dijadikan bahan pengajaran dan pembelajaran Jawi di samping sebagai bahan bacaan tambahan kepada murid. Ini selaras dengan pelaksanaan program j-QAF, yang memberi penekanan kepada bidang penulisan dan pemahaman Jawi untuk murid sekolah termasuk penghasilan buku teks Pendidikan Islam dalam tulisan Jawi, kertas peperiksaan peringkat Peperiksaan Menengah Rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia dalam tulisan Jawi. Kesungguhan dalam memperkayakan pendidikan tulisan Jawi dan menaikkan maruahnya, peruntukan lebihan masa kepada Pendidikan Islam di sekolah turut dibuat oleh pihak Kementerian Pelajaran bilamana pihak kementerian telah bersetuju memperuntukkan satu daripada enam masa seminggu bagi mata pelajaran Pendidikan Islam dikhaskan untuk pembelajaran Jawi. Dengan masa tambahan yang diberikan itu membolehkan pendidikan tulisan Jawi dimanfaatkan dengan sebaik mungkin oleh pihak sekolah dan guru yang mengajar mata pelajaran tersebut.
Pihak Kementerian Pelajaran juga telah mengambil inisiatif penting untuk kepentingan guru dan murid dengan menggunakan ejaan baharu yang disediakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka bagi mengelakkan kekeliruan yang timbul jika terdapat tenaga pengajar yang masih menggunakan sistem tulisan Jawi lama. 

Sejarah Tulisan Jawi


Latar Belakang Ringkas Sistem Tulisan Jawi


Pada masa dahulu hingga kini, penggunaan tulisan Jawi masih digunakan kerana ianya amat berkait rapat dengan agama Islam. Kemunculan sistem Tulisan Jawi banyak berhubungkait dengan kedatangan agama Islam ke Nusantara. Sebenarnya tulisan Jawi berasal dari tulisan Arab dan mengandungi huruf-huruf Arab yang dimasukkan ke dalam sistem penulisan bahasa Melayu.

Sejak kebelakangan ini, penggunaan tulisan Jawi di dada-dada akhbar mahupun penggunaan di papan iklan, papan tanda nama jalan, bangunan, dan sebagainya mendapat pengiktirafan dan sokongan padu oleh kerajaan untuk digunakan secara meluas.Begitu juga penggunaannya di peringkat pengajian di universiti dan pendidikan di sekolah, sistem Tulisan Jawi telah dijadikan salah satu mata pelajaran wajib yang mesti dipelajari oleh golongan pelajar di Malaysia.

Meskipun penggunaan tulisan Jawi telah bermula sejak 700 tahun yang lalu, ia belum banyak diselidiki dari segi perkembangan dan sistem tulisannya. Jika dilihat dari segi sejarah perkembangannya, terdapat dua pengaruh sistem ejaan yang digunakan iaitu pengaruh Arab dan Melayu. Secara amnya, pengaruh Arab dalam bentuk ejaan tulisan Jawi dipengaruhi dengan penggunaan tanda-tanda baris; manakala pengaruh ejaan Melayu pula, wujudnya huruf-huruf vokal sebagai menggantikan penggunaan tanda-tanda baris.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa tulisan Jawi merupakan satu aspek yang penting dalam mengekalkan imej dan identiti budaya Melayu masa kini. Bersesuaian dengan penggunaan tulisan Jawi dalam segala urusan dan pernah menjadi tulisan antarabangsa seperti mana bahasa Melayu yang pernah menjadi lingua franca sebagaimana menerusi catatan pengembara Barat ke Nusantara seperti Magellan, Tom Pires, dan Van Ronkel, menjelaskan bahawa bahasa Melayu dan tulisan Jawi diiktiraf sebagai bahasa perhubungan utama pada zaman Kesultanan Islam di Nusantara.

Kelahiran Sistem Tulisan Jawi yang berasal dari tulisan dan pengaruh Arab terbukti sejarah kewujudannya dalam tamadun Melayu melalui beberapa sumber khazanah dan bahan-bahan bertulis yang ditemui seperti; dari batu bersurat, manuskrip lama, kertas lama, majalah, batu nisan, bahan-bahan yang dibuat daripada logam, kulit, alat senjata, duit syiling, batu lontar, tembikar, ukiran-ukiran pada masjid, istana, termasuk sumber penemuan pada azimat dan tangkal.

Sebagai contohnya, penemuan pertama pada batu nisan Syeikh Nuruddin Al-Raniri di Barus, Sumatera Utara yang tercatat dalam bahasa Arab bertarikh 48 Hijrah, diikuti pula batu nisan seorang puteri raja di Pekan, Pahang Darul Makmur pada 419 Hijrah, kemudiannya batu nisan Syeikh Abdul Qadir Ibn Husin Syah Alam di Langgar, Kedah bertarikh 290 Hijrah, dan batu nisan Fatimah binti Maymun bin Hibatullah yang dijumpai di Leram, Grisek, Jawa Timur tanggal 475 Hijrah bersamaan 1082 Masihi; yang menunjukkan tulisan Jawi berasal dari orang Arab yang kemudian telah diubahsuai dengan menambahkan beberapa huruf Arab yang disesuaikan dengan gaya bahasa orang Melayu dalam usaha membuktikan kewujudan tulisan Jawi dalam tamadun Melayu setelah penemuan prasasti di Kuala Berang, Terengganu pada 702 Hijrah bersamaan 1303 Masihi. Namun begitu, persoalan yang mungkin tidak dapat dihuraikan dan mendapat kepastian hingga kini ialah siapakah pencipta sebenar bagi tulisan Jawi yang ada sekarang walaupun aksara tulisan Jawi banyak menggunakan huruf-huruf Arab.

Oleh yang demikian dalam penghasilan perkataan Jawi, sebenarnya ia berkait rapat dengan sistem ejaannya. Terdapat tiga jenis pembentukan ejaan yang lazim digunakan iaitu ejaan tradisi, ejaan lazim, dan ejaan mengikut hukum :

a) Ejaan Tradisi
Dalam pembentukan ejaan ini, penggunaan kaedah baris digunakan, dan ada ketikanya ianya digugurkan. Ini tidak menjejaskan sistem ejaan tersebut. Contoh perkataan seperti tiada ( تئاد ), pada ( قد ), dan kepada ( كقد ).

b) Ejaan Lazim
Ejaan ini lazimnya digunakan bagi mengeja perkataan sukukata terbuka atau sukukata tertutup sama ada bunyi sukukata itu ke atas, ke bawah, atau ke depan. Antara contoh perkataannya seperti lada ( لادا ), pasu (قاسو ), suka ( سوك ), barang ( بارغ ), bulan ( بولن ), nangka ( نغك ), dan bantal ( بنتل ).

C) Ejaan Mengikut Hukum
Dalam sistem ejaan Jawi mengikut hukum, terdapat beberapa hukum mengeja seperti hukum darling, hukum di luar darling, hukum ka-ga, hukum ra-ma, hukum ha-aha dan lampau hukum.