Rabu, 12 Disember 2012

Contoh Jawi Lama


Tulisan Jawi di kepulauan Indonesia dikenali sebagai tulisan Arab Melayu dan ditemui tertulis pada naskah-naskah manuskrip lama dan prasasti-prasasti. Daripada penelitian terhadap tulisan-tulisan ini dapatlah kita menjejak kembali asalnya perkataan Melayu, kata pinjaman, dan istilah-istilahnya. Jawi lama agak susah dibaca dan dipengaruhi juga dengan dialek daerah dan negeri. Ahli Filologi perlulah mengetahui latar belakang penulis, mengapa manuskrip itu ditulis, peristiwa di zaman tersebut dan beberapa hal lain yang perlu dipertimbangkan. Di sini saya cuba bawakan beberapa perkataan Melayu lama yang berusia lebih dari seratus tahun.


هارواهارا
Harua Hara = Huru Hara. Tunku Abdul Rahman dalam satu ucapannya pernah menyebut perkataan 'hara huru', namun sekarang perkataan Huru Hara telah menggantikan perkataan ini.

Maka beberapa lamanya baginda itu kerajaan di Berahman Indera maka datanglah taqdir Allah ta’ala harua hara di negeri Perak ini…..



کوالا کعسو
Bacaan di atas kelihatan seperti Ke Kuala Kangsu = Ke Kuala Kangsar


استان
Istana
Berasal dari kalimah Parsi Oston آستان
Yang bermaksud negeri, namun Melayu memaknainya sebagai kediaman institusi Diraja


Syah
Berasal dari kalimah Parsi, bermaksud Raja, Sultan
Dalam bahasa Arab bermaksud kambing


Tertulis di atas sebagai Dua Lapan, namun sebenarnya Dulapan atau Delapan
Bermaksud Lapan; 8
Menurut Wan Muhammad Saghir, ada sejarawan barat tersalah membacanya sebagai Dua Lapan dan menterjemahkannya sebagai dua puluh lapan. Perkataan dulapan ini sering ditemui dalam kitab Jawi lama dari negeri Patani.

Lekelaki
Bermaksud laki-laki; lelaki
Orang tua-tua di Kedah masih menyebut lekelaki


Berkalar
Bermaksud bergelar



…berbuat istana lengkap dengan kota paritnya maka adinda baginda raja muda lah kerajaan di Pulau Tiga kalar baginda itu Sultan Iskandar Muhammad Syah adapun putera baginda itu dulapan orang, lima orang lekelaki dan tiga orang itu perempuan yang lekelaki itu…..


Darimawan= Dermawan



Syahazan baginda itulah yang bertuah lagi berdaulat dan arif bijaksana bangsawan lagi darimawan pada barang segala bicara dan perintah hukum adat negeri…..




Qadah atau Kedah
Inilah satu-satunya perkataan Melayu yang berakhir dengan huruf ‘ha’


…Kangsu itu kerajaan baginda lengkap dengan segala orang besarnya adapun tatkala itu bendaharanya Raja Alang anak rajaQadah orang kaya besarnya maka ….. temenggungnya



Tuha = Tua
Bahasa Melayu Aceh masih menggunakan perkataan Tuha untuk Tua. Perkataan ini boleh ditemui juga dalam naskah-naskah manuskrip lain seperti Undang-Undang Kedah


..karana (kerana) baginda itu saudara tuha kepada beta



kecik = kecil
Berasal dari kalimah Parsi kucak, dalam dialek perbualan disebut kecik, bahasa tempatan Azari pula menyebut kecik yang sama dengan dialek Kedah.


….berangkatlah diiringi oleh anakda baginda Raja Kecik……

Jumaat, 7 Disember 2012

Gambar Bukti Penggunaan Tulisan Jawi di Malaysia


Batu Bersurat Terangganu

Tulisan tahun 1303M, merupakan artifak
bertulisan Jawi yang tertua pernah dijumpai.
Ia bercatatkan undang-undang yang 
dipengaruhi oleh Syariah, maka merupakan
bukti terawal pengaruh Islam di Malaysia.





Pemasyhuran Merdeka

Bukti bertulis mengenai Pengisytiharan
Kemerdekaan Tanah Melayu
yang ditulis bahasa Melayu
bertulisan Jawi.



Abjad ابجد

Berikut adalah jadual bagi huruf-huruf dalam tulisan Jawi.[23]
NamaBentuk hurufPadanan RumiKeterangan
TunggalAwal kataTengah kataAkhir kata
alifﺍﺎa1. huruf pertama abjad Arab (mempunyai nilai satu);
2. huruf pertama abjad Jawi;[24]
baﺏﺑـﺒـﺐb1. huruf kedua abjad Arab (mempunyai nilai dua);
2. huruf kedua abjad Jawi.[25]
taﺕﺗـﺘـﺖt1. huruf ketiga abjad Arab (mempunyai nilai 400);
2. huruf ketiga abjad Jawi;[26]
saﺙﺛـﺜـﺚs, (th)1. huruf keempat abjad Arab (mempunyai nilai 500);
2. huruf keempat abjad Jawi.[27]
jimﺝﺟـﺠـﺞj1. huruf kelima abjad Arab (mempunyai nilai tiga);
2. huruf kelima abjad Jawi.[28]
caﭺﭼـﭽـﭻchuruf keenam abjad Jawi.[29]
haﺡﺣـﺤـﺢh, (ḥ)ha kecil[30] / ha pedas[31]
1. huruf keenam abjad Arab (mempunyai nilai lapan);
2. huruf ketujuh abjad Jawi.[32]
khaﺥﺧـﺨـﺦkh(khO) 1. huruf ketujuh abjad Arab (mempunyai nilai 600);
2. huruf kelapan abjad Jawi.[33]
dalدـدd1. huruf kelapan abjad Arab (mempunyai nilai empat);
2. huruf kesembilan abjad Jawi.[34]
zalﺫـذz, (dh)1. huruf kesembilan abjad Arab (mempunyai nilai 700);
2. huruf ke-10 abjad Jawi.[35]
raﺭـرr(rO) 1. huruf ke-10 abjad Arab (mempunyai nilai 200);
2. huruf ke-11 abjad Jawi.[36]
zaiﺯـزz1. huruf ke-11 abjad Arab (mempunyai nilai tujuh);
2. huruf ke-12 abjad Jawi.[37]
sinﺱﺳـﺴـﺲs1. huruf ke-12 abjad Arab (mempunyai nilai 60);
2. huruf ke-13 abjad Jawi.[38]
syinﺵﺷـﺸـﺶsy1. huruf ke-13 abjad Arab (mempunyai nilai 300);
2. huruf ke-14 abjad Jawi.[39]
sadﺹﺻـﺼـﺺs, (ṣ)(sOd) 1. huruf ke-14 abjad Arab (mem-punyai nilai 90);
2. huruf ke-15 abjad Jawi.[40]
dadﺽﺿـﻀـﺾd, (ḍ)(dOd) 1. huruf ke-15 abjad Arab (mem­punyai nilai 800);
2. huruf ke-16 abjad Jawi.[41]
taﻁﻃـﻄـﻂt, (ṭ)(tO) 1. huruf ke-16 abjad Arab (mempunyai nilai sembilan);
2. huruf ke-17 abjad Jawi.[42]
zaﻅﻇـﻈـﻆz, (ẓ)(zO) 1. huruf ke-17 abjad Arab (mempunyai nilai 900);
2. huruf ke-18 abjad Jawi.[43]
ainﻉﻋـﻌــﻊawal: a, i, u;
akhir: k, (‘)
1. huruf ke-18 abjad Arab (mempunyai nilai 70);
2. huruf ke-19 abjad Jawi.[44]
ghainﻍﻏـﻐــﻎgh1. huruf ke-19 abjad Arab (mempunyai nilai 1000);
2. huruf ke-20 abjad Jawi.[45]
ngaڠڠــڠــڠnghuruf ke-21 abjad Jawi (mempunyai nilai 4000).[46]
faﻑﻓـﻔـﻒf1. huruf ke-20 abjad Arab (mempunyai nilai 80);
2. huruf ke-22 abjad Jawi.[47]
paﭪﭬـﭭـﭫphuruf ke-23 abjad Jawi (mempunyai nilai 5000).[48]
qafﻕﻗـﻘـﻖk, q, (q)1. huruf ke-21 abjad Arab (mempunyai nilai 100);
2. huruf ke-24 abjad Jawi.[49]
kafکﻛـﻜـکk1. huruf ke-22 abjad Arab (mempunyai nilai 20);
2. huruf ke-25 abjad Jawi.[50]
gaݢــݢــــݢݢghuruf ke-26 abjad Jawi (mempunyai nilai 6000).[51]
lamﻝﻟـﻠـﻞl1. huruf ke-23 abjad Arab (mempunyai nilai 30);
2. huruf ke-27 abjad Jawi.[52]
mimﻡﻣـﻤـﻢm1. huruf ke-24 abjad Arab (mempunyai nilai 40);
2. huruf ke-28 abjad Jawi.[53]
nunﻥﻧـﻨﻦn1. huruf ke-25 abjad Arab (mempunyai nilai 50);
2. huruf ke-29 abjad Jawi.[54]
wauﻭـوw, u, o1. huruf ke-26 abjad Arab (mempunyai nilai enam);
2. huruf ke-30 abjad Jawi;[55]
vaۏـۏvhuruf ke-31 abjad Jawi.[56]
haﻩﻫـﻬﻪhha besar[57] / ha simpul[58]
1. huruf ke-27 abjad Arab (mempunyai nilai lima);
2. huruf ke-32 abjad Jawi.[59]
hamzahءءawal: gugur;
akhir: k, (’)
1. huruf ke-28 abjad Arab;
2. huruf ke-33 abjad Jawi.[60]
yaﻱﻳـﻴـﻲy, i, e taling1. huruf ke-29 abjad Arab (mempunyai nilai 10);
2. huruf ke-34 abjad Jawi.[61]
yeىـىe pepet hujunghuruf ke-35 abjad Jawi.[62]
nyaڽپــپــڽnyhuruf ke-36 (terakhir) abjad Jawi (mempunyai nilai 7000).[63]
ta marbutahةـةt, h, (ṯ)huruf ta di akhir kata tulisan Arab (Jawi) yang boleh menjadi ha besar atau ta.[64]
lam-alifلاhuruf lam yang disatukan dengan huruf alif dalam tulisan Jawi (Arab);[65]
Catatan:
  1. Latar belakang berwarna merah jambu menunjukkan huruf yang unik dalam tulisan Jawi dan tiada dalam tulisan Arab.
  2. Huruf di dalam kurungan ialah padanan untuk transliterasi.
  3. Huruf ۏ diperkenalkan pada tahun 1983 untuk mewakili huruf v.
  4. Huruf ء imbuhan, iaitu hamzah yang berada 3/4 dari garis asas diperkenalkan pada tahun 1983. Ia digunakan pada perkataan berimbuhan seperti کبڠساءن . Namun, tiada fon dewasa ini yang mempunyai kemampuan untuk memaparkan huruf ء pada kedudukan yang betul. Kebanyakan pengguna menggunakan kaedah superskrip untuk mengubah kedudukan ء .